Pengukuhan USD Diganggu Oleh Kritikan Trump, CAD Berdepan Data Tumpuan Utama Minggu Ini

717

Matawang dolar USD pada dagangan Jumaat lalu menunjukkan pengukuhan nilainya setelah mencatatkan kenaikan tertinggi 10 minggu berbanding Yen dengan keadaan pasaran yang beransur pulih.

Namun begitu, pada Sabtu ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kembali mengkritik tindakan Federal Reserve dengan mengatakan bahawa dasar monetari bank pusat Amerika Syarikat yang menyumbang kepada pengukuhan dolar AS bakal menjejaskan persaingan untuk Amerika Syarikat.

Dalam kenyataannya menyebut, beliau sememangnya mahukan dolar AS yang kukuh, tetapi biarlah bersesuaian dan bukannya pengukuhan yang membebankan urusan perdagangan bersama negara-negara rakan dagang yang lain. Penurunan nilai matawang akan membantu sektor eksport negara untuk lebih berdaya saing.

Sentimen yang agak negatif buat USD membuatkan pasangan matawang utama yang dipadankan bersama USD menunjukkan perbezaan pada jarak (gap) pembukaan harga pada sesi pasaran Asia untuk permulaan minggu ini.

Pound Sterling pada dagangan Jumaat mencatatkan kejatuhan nilai selepas tinjauan data menunjukkan kilang-kilang di United Kingdom telah mengurangkan bilangan pekerjaan pada Februari, namun Pound masih berjaya mengukuh dengan merekodkan kenaikan terbesar mingguan untuk bulan lalu berikutan faktor positif dalam perkembangan Brexit.

Pengukuhan Sterling yang dicatatkan tersebut adalah didorong oleh Perdana Menteri Britain, Theresa May yang membenarkan para penggubal undang-undang untuk mengundi bagi penangguhan Brexit jika PM May masih gagal mendapat kelulusan untuk pelan Brexit beliau.

Turut menjadi tumpuan pada penghujung minggu lalu adalah terhadap matawang komoditi dolar Kanada (CAD) yang mengeluarkan bacaan data KDNK (GDP) pada sesi pasaran New York Jumaat lalu.

CAD mengalami kejatuhan nilai yang ketara sehingga mencatatkan lebih 170 pips pergerakan harga berbanding USD pada Jumaat selepasa data GDP Kanada kekal di paras rendah pada -0.1% dan tidak menepati jangkaan kenaikan ke paras sifar oleh pasaran.

Pada minggu ini pula, dagangan CAD akan lebih berisiko dengan data yang menjadi tumpuan adalah penetapan kadar faedah serta laporan data pekerjaan di Kanada.

Turut menjadi perhatian juga, data yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur setiap bulan iaitu laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat yang bakal memberikan impak besar untuk pergerakan harga khususnya bagi matawang USD pada penghujung minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat