Pengumuman PM Johnson Ini Khas Buat Trader Di Sesi Eropah

488

Perdana Menteri UK, Boris Johnson dijangka akan mengumumkan pelonggaran selanjutnya dalam langkah sekatan di England pada hari ini.

Menurut Reuters, PM Johnson akan mengadakan sidang media pada petang (waktu UK) untuk membuat pengumuman penting ini dan beliau juga akan memberi perincian lanjut mengenai bagaimana dan bila langkah sekatan akan diangkat.

Kemajuan dalam program vaksinasi di UK telah menyaksikan jumlah kes dan kematian harian di Britain menurun dengan mendadak, di mana hanya dua kematian dilaporkan pada hari Ahad.

Setakat 9 Mei, lebih 35 juta rakyat telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin, menandakan separuh daripada penduduk telah divaksin. Sementara lebih 17 juta telah menerima dua dos vaksin.

Pelonggaran seterusnya dalam langkah sekatan dijangka akan mula berkuatkuasa pada 17 Mei 2021, di mana pub, restoran dan pawagam bakal dibuka semula.

Namun, pembukaan semula itu dikatakan hanya bakal dikuatkuasakan di England, dengan pemerintah Scotland, Ireland Utara dan South Wales akan menetapkan peraturan mereka sendiri.

Susulan laporan tersebut, matawang pound diperdagangkan lebih tinggi di sekitar harga 1.40700 berbanding US dolar meskipun berdepan tekanan daripada keputusan pilihan raya Scotland yang boleh menimbulkan risiko buat Britain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat