Percaya Tak Tesla Labur Bitcoin Lebih Untung Daripada Jual Kereta?

2,215

Pelaburan Tesla bernilai $1.5 bilion di dalam Bitcoin tempoh hari nampaknya tidak sia-sia apabila syarikat pengeluar kereta elektrik itu sudah mula menghitung keuntungan susulan daripada lonjakan matawang kripto baru-baru ini.

Menurut sumber, dikatakan Tesla menyaksikan keuntungan lebih $600 juta sejak mula membuat pelaburan pada 8 Februari lalu.

Walaupun firma itu tidak mendedahkan jumlah tepat bitcoin yang dibeli, namun berdasarkan pada harga Bitcoin pada Januari lalu, mencecah $35,000 per unit, bermakna Tesla mungkin memiliki sekitar 43,000 bitcoin.

Ketika penulisan, harga raja kripto itu sudah mencecah lebih $52,000, melonjak 45% sejak bulan lalu dan 15% sejak pengumuman pelaburan Tesla di dalam Bitcoin.

Secara tidak langsung, bitcoin yang dimiliki Tesla boleh mencecah $2.2 bilion dan membawa keuntungan lebih $600 juta dalam masa seminggu!

Rata-rata melihat pelaburan Tesla di dalam Bitcoin merupakan satu turning point, kerana lebih banyak firma besar akan bertindak sama, mengambil peluang dalam sektor kripto.

Malah, tidak dapat disangkal lagi keuntungan Tesla hasil pelaburan Bitcoin jauh lebih tinggi berbanding hasil pendapatan perniagaan asal mereka bagi fiskal 2020.

Tesla melaporkan keuntungan pertama mencecah $721 juta bagi fiskal 2020 selepas berhadapan dengan kerugian $862 juta pada fiskal 2019. Manakala, hanya beberapa suku keuntungan sebelum fiskal 2020.

Ekoran daripada kerugian bersih daripada perniagaannya, Tesla mampu memperoleh lebih banyak keuntungan hasil pelaburan $1.5 bilion dalam Bitcoin berbanding keuntungan hasil jualan kereta bagi sedekad lalu.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat