Pergerakan Matawang, Harga Minyak Dan Emas Naik – Sesi Asia

46

Forex

Matawang kiwi atau NZD mengukuh dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis. US dolar juga mengukuh berbanding yen.

AUD mencatat bacaan yang menyusut sebanyak 0.08% kepada 0.7661 berbanding US dolar. USD/JPY menunjukkan bacaan pada 113.35, mengukuh pada awal sesi dagangan sebelum turun sebanyak 0.04%. NZD mengukuh pada 0.7016 sebelum menyusut sebanyak 0.13% kepada 0.7005 setakat jam 10.20 a.m.

Pengukuhan NZD pada awal sesi dagangan didorong oleh pertumbuhan ekonomi New Zealand mencatat peningkatan 0.6% dalam gross domestic product (GDP) pada suku tahun ketiga 2017.

GDP per capita naik 0.2% pada suku tahun ketiga berbanding suku tahun sebelumnya yang mencatat 0.5%.

Baca lebih lanjut disini; https://intraday.my/gdp-new-zealand-mencatat-pertumbuhan-0-6-pada-suku-tahun-ketiga-2017/

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam mengukuh sebanyak 0.03% kepada 92.98 dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis setakat jam 10.20 a.m

Minyak

Harga minyak kekal stabil dan naik pada hari Khamis dalam sesi dagangan Asia berbanding harga semalam dalam pasaran yang sama.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember susut sebanyak 0.03% kepada $58.06 setakat jam 10.20 a.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.08% kepada $64.47 setong setakat jam 10.20 a.m.

Peningkatan harga pada awal sesi dagangan Asia didorong oleh kejatuhan inventori minyak mentah US.

Berdasarkan laporan Energy Information Administration (EIA), inventori minyak mentah US jatuh sebanyak 6.5 juta bagi minggu berakhir 15 Disember.

Inventori minyak mentah jatuh keparas 436 juta tong, paras terendah sejak Oktober 2015.

Emas

Harga emas naik dalam sesi dagangan Asia pada hari Khamis berikutan jangkaan pelabur yang semakin pudar terhadap reformasi cukai Trump.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.13% pada hari Khamis kepada $1,271.20 setakat jam 10.20 a.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat