Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Eropah

49

Forex

Matawang dolar Australia dan matawang New Zealand mengukuh berbanding US dolar pada hari Selasa dalam sesi dagangan Eropah.

AUD mencatat pengukuhan sebanyak 0.63% kepada 0.7646 berbanding US dolar. Matawang NZD juga mencatat pengukuhan sebanyak 0.60% kepada 0.69 setakat jam 4.35 p.m.

Pengukuhan AUD ini didorong oleh faktor-faktor berikut ;

  • Jualan runcit Australia mencatat pertumbuhan tertinggi sejak Mei.
  • Defisit akaun semasa Australia jatuh sebanyak $539 juta kepada $9,125 juta pada suku tahun ketiga 2017.
  • Berdasarkan minit mesyuarat pada hari ini, bank pusat Australia (RBA) mengekalkan kadar faedah pada kadar 1.50%.

 

  • Matawang NZD juga mencatat pengukuhan apabila gabenor Grant Spencer membuat kenyataan bahawa bank pusat sedang mempertimbangkan untuk mengubah polisi monetari berikutan inflasi yang lemah.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang mengukuh sebanyak 0.15% kepada 93.20 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Selasa setakat jam 4.35 p.m.

Matawang Euro menyusut sebanyak 0.07% kepada 1.1858. GBP/USD menyusut dengan banyak sebanyak 0.49% kepada 1.3414 setakat jam 4.35 p.m.

  • Penyusutan GBP adalah disebabkan Britain dan Kesatuan Eropah (EU) telah gagal mencapai kesepakatan untuk meneruskan rundingan Brexit ke fasa berikutnya.
  • Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Jean-Claude Juncker berkata kesepakatan mengenai syarat perpisahan Britain dan EU masih belum dicapai.

Sila baca disini untuk lebih lanjut ; https://intraday.my/britain-eu-gagal-memeterai-perjanjian-matawang-gbp-menjunam-semula-pada-isnin/

Minyak

Harga minyak didagangkan rendah pada hari Selasa dalam pasaran Eropah.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.35% kepada $57.27setakat jam 4.35 p.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh kepada $62.27 setong setakat jam 4.35 p.m.

  • Walaupun dengan lanjutan perjanjian pemotongan pengeluaran minyak, harga minyak tetap jatuh.
  • Hal ini berikutan impak peningkatan pengeluaran minyak mentah US.
  • Pasaran kini memberi tumpuan pada data inventori minyak mentah US.

Emas

Harga emas kekal stabil dalam pasaran Eropah kerana pelabur memberi tumpuan pada data ekonomi US yang akan dikeluarkan dan indikasi berkenaan kenaikan kadar faedah.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat peningkatan sebanyak 0.03% pada Selasa kepada $1,278.10 setakat jam 4.35 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat