Pergerakan USD/JPY Buatkan Pelabur Kusut?

704

Data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) untuk bulan Jun yang akan diterbitkan pada sesi New York bakal mendorong penurunan nilai US dolar ekoran jangkaan bacaan data yang lebih lemah.

Sentimen bercampur-campur pasaran menyebabkan pergerakan tidak menentu harga khususnya buat matawang safe-haven yang membuatkan dagangan lebih mencabar untuk para pelabur.

Diperhatikan pergerakan harga pada carta pasangan matawang safe-haven USD/JPY pada dagangan Rabu telah pamerkan penurunan harian lebih 60 pips.

Keputusan mesyuarat polisi bank pusat Jepun (BOJ) semalam dilihat tidak memberi reaksi ketara terhadap Yen, sebaliknya Yen lebih dipacu oleh sentimen pasaran semasa.

Namun, pelabur juga ingin melihat matawang manakah lebih mendominasi di antara US dolar dan Yen apabila perubahan sentimen terjadi.

Secara teknikal, harga pada carta USD/JPY yang membuat penurunan semalam sekadar menguji zon support yang diuji pada Jumaat lalu sekitar paras 106.700.

Namun harga telah menunjukkan kenaikan semula dan mendatar sehingga bersambung ke sesi Asia pagi ini di bawah paras 107.000.

Sesi Eropah melihatkan harga cuba membuat kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut dan menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.

Kenaikan harga lebih tinggi bakal menuju zon SBR (support become resistance) 107.400 sebelum kenaikan yang diteruskan akan menguji zon resistance pada 108.00.

Sebaliknya jika membuat penurunan, zon support 106.700 akan diuji semula sebelum penurunan lebih rendah dijangkakan mencecah sehingga paras 106.00.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat