Perhatian! Aset Kripto Ini Berpeluang Melonjak Andai Bitcoin (BTC) Bullish

1,097

‘Tengok keadaan pasaran kripto macam dah makin mereda je daripada serangan beruang.’

Aliran pasaran semasa dilihat bergerak lemah, diapit faktor inflasi sungguhpun bacaan data perkerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat lalu mengukuh.

Selain itu, kebarangkalian Federal Reserve (Fed) melaksanakan kenaikan kadar faedah sebanyak 75 mata asas pada September meningkat kepada 68% menurut data dari CME Group.

Namun, penganalisis dari Fundstrat Global Advisors pula berpendapat indeks S&P 500 memiliki sejarah di mana ia merali selepas kenaikan kadar dan mereka meletakkan unjuran rali pada 4,800 dalam separuh ke-2 tahun ini.

Andai benar korelasi antara ekuiti dan mata wang digital seperti yang pernah dibincangkan sebelum ini, maka pasaran kripto berpeluang memulih jika Bitcoin (BTC) lepasi paras $25,000.

Teliti rincian aset-aset kripto yang berpotensi cerah pada jangka masa terdekat ini.

Bitcoin (BTC)

  • Buat masa ini BTC berlegar di kawasan purata pergerakan eksponen (EMA) 20 pada $22,000, menandakan kekurangan permintaan untuk lantunan lebih tinggi.
  • Dengan purata bergerak mendatar dan indeks kekuatan relatif (RSI) pada titik tengah, pelabur mungkin mendapat manfaat andai harga ditolak dan kekal melebihi paras $24,000.
  • Dan jika harga berjaya mencapai tahap tersebut, maka BTC berpeluang cerah merali ke paras $28,000 kemudian ke paras rintangan $32,000 pula.
  • Sebaliknya, andai harga jatuh dari EMA 20 hari pula, BTC akan bergerak ke paras pergerakan purata mudah 50 hari di paras $21,000.

Flow (FLOW)

  • FLOW dilihat berada dalam julat dagangan ketat dengan kecenderungan pergerakan ke atas, menandakan pelabur tidak tergesa-gesa menempah keuntungan.
  • EMA 20 hari pada $2.07 telah mula meningkat dan RSI kini berada di zon terlebih beli yang menandakan kenaikan sedang berlaku.
  • Andai FLOW ditolak melepasi zon rintangan $3 ke $3.30 maka harga boleh merali dengam momentum untuk mencapai ke arah $4.60.
  • Namun jika FLOW turun di bawah EMA 20, harga akan turun ke tahap anjakan Fibonacci 50% pada $2.41 dan bergerak ke tahap anjakan semula 61.8% pada $2.27.

Theta Network (THETA)

  • THETA dilihat terus berada di atas rintangan overhed pada $1.55 yang memihak kepada kenaikan harga.
  • EMA 20 hari pada $1.39 telah muncul dan RSI berada di wilayah positif, menandakan kelebihan kepada pelabur.
  • Andai harga naik melebihi paras $1.65, maka THETA boleh boleh memasuki rali baru ke arah sasaran corak $2.10 dan jika ia mengatasi halangan overhed pula harga akan capai rali $2.60
  • Di sisi berbeza, andai THETA turun di bawah EMA 20 harga seterusnya akan susut ke SMA 50 yang memberi isyarat bahawa aliran naik mungkin berakhir dalam tempoh terdekat.
Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat