Perkembangan Terkini Matawang: Trump Terus Melancarkan Kritikan Terhadap The Fed!

1,066

Matawang US dolar mengukuh pada hari Rabu selepas Presiden Donald Trump meneruskan kritikannya ke atas Federal Reserve.

Trump telah memuat naik kenyataanya di laman Twitter beliau dengan mengatakan the fed tidak dapat bersaing secara mental dalam persaingan dengan negara lain.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh sebanyak 0.16% pada paras 98.067 setakat jam 11.50 p.m.

Dalam masa yang sama pengukuhan US dolar sedikit terhambat apabila Wakil Pentadbiran Perdagangan Amerika Syarikat telah menegaskan kembali pada hari Rabu bahawa pelan Presiden Donald Trump bagi mengenakan tarif tambahan sebanyak 5% ke atas $300 billion barangan import China pada September 1 dan Disember 15.

Disisi lain matawang yen yang dikatikan seabgai safe haven mengalami penysutan apabila USD/JPY naik 0.16%. Matawang pound sterling pula terus susut sehingga jatuh hampir 0.50% kepada 1.2237 berbanding US dolar berikutan Ratu England bersetuju dengan permintaan Perdana Menteri Boris Johnson untuk menangguhkan perbicaraan parlimen sekitar 5 minggu dengan tempoh berehat sehingga 14 Oktober.

Matawang Euro kini didagangkan sedikit susut berbanding US dolar pada paras 1.1084.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat