Pertumbuhan Pekerjaan Australia Melonjak Naik Melebihi Jangkaan Pada Bulan November

68

Kadar pekerjaan Australia melonjak naik melebihi jangkaan penganalisis pada bulan November. Peningkatan ini merupakan peningkatan terbesar dalam tempoh lebih 2 tahun, namun kadar pengangguran kekal pada paras terendah 5 tahun lalu.

Jabatan Perangkaan Australia menunjukkan terdapat 61,600 peluang pekerjaan yang ditawarkan pada bulan lepas berbanding jangkaan yang mensasarkan peningkatan 19,200 peluang pekerjaan.

Jika dibandingkan dengan US, kadar pertumbuhan pekerjaan tahunan Australia adalah 2x lebih tinggi berbanding US iaitu sebanyak 3.2% berbanding US 1.4%.

Namun kadar pengangguran Australia berada pada paras 5.4%. Bacaan ini sejajar dengan bacaan Februari 2013. Kadar ambil bahagian (participation rate) naik kepada 65.5%.

Reserve Bank of Australia (RBA) kini mengharapkan dengan pertumbuhan pekerjaan yang kukuh akan membawa kepada peningkatan pendapatan dan inflasi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat