PMI Perkhidmatan UK Melonjak Pada Bulan September

66

IHS Markit hari ini melaporkan sektor terbesar perkhidmatan UK berkembang dengan kadar yang lebih cepat pada bulan September, mengurangkan kebimbangan terhadap ekonomi dan menyokong kenaikan kadar faedah.

Data indeks PMI perkhidmatan UK naik 53.6 pada bulan September, lebih tinggi daripada bacaan bulan sebelumnya di paras 53.2.

Bacaan indeks di atas 50.0 menunjukkan perkembangan positif pada industri, dan begitu juga sebaliknya.

Pembekal perkhidmatan masih tertekan dengan kos operasi yang naik mendadak, yang disebabkan oleh peningkatan inflasi harga sejak April.

Pada masa yang sama, permintaan domestik yang perlahan juga menjadi penghalang kepada perkembangan aktiviti, dengan peningkatan pesanan baru bergerak perlahan sejak 13 bulan lalu.

Chris Williamson, Ketua Ekonomi IHS Markit mengatakan, “Ketiga-tiga kajian PMI menunjukkan GDP UK hanya berkembang sebanyak 0.3 peratus pada suku tahun ketiga, dan bacaan pada suku tahun keempat dijangka akan lebih perlahan.”

Beliau berkata, “Tekanan harga yang meningkat turut menguatkan lagi jangkaan Bank pusat England (BoE) untuk terus dengan retorik hawkish mereka di samping menaikan kadar faedah”,

Matawang GBP/USD naik ke paras 1.3277 daripada  1.3255 selepas data dikeluarkan, manakala EUR/GBP pula susut kepada 0.8860 daripada harga 0.8875.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat