Pound Kekal Lemah, GBP/USD Bergerak Sekitar Paras Terendah 5 Bulan

298

Dagangan Pound Sterling kekal lemah diniagakan pada minggu ini berikutan pelabur masih meletakkan kebimbangan terhadap rundingan antara Britain dan Kesatuan Eropah (EU) untuk hubungan perdagangan mereka selepas Brexit.

Selain itu, turut menambah tekanan buat matawang Eropah tersebut apabila bank pusat England (BOE) menyatakan bahawa mereka bersedia untuk mengambil langkah yang bersesuaian untuk kestabilan pasaran kewangan seperti Federal Reserve dan Bank of Japan (BOJ).

Menurut kenyataan oleh Gabenor Mark Carney, kebimbangan adalah menjurus kepada risiko penularan wabak Coronavirus namun masih terlalu awal untuk menilai kesannya terhadap ekonomi UK.

Penurunan sekitar 100 pips semalam pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD walau bagaimanapun dilihat gagal melepasi zon support 1.27400.

Zon tersebut juga gagal ditembusi harga lebih rendah pada penurunan hampir 200 pips pada dagangan Jumaat minggu lalu.

Pada sesi New York semalam, harga yang dilihat kembali pantul dari paras terendah di zon support tersebut mencapai kenaikan ke paras 1.28200 sebelum sekali lagi membuat penurunan ke zon support sehingga penghujung sesi.

Menyambung dagangan pada awal sesi pasaran Asia hari ini, harga kembali mempamerkan kenaikan sehingga menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada sesi Eropah.

Pelabur akan meneliti laporan minit mesyuarat BOE yang akan diterbitkan pada jam 5.30 petang ini.

Jika harga kembali menyambung penurunan semula, zon support 1.27400 akan diuji semula oleh harga. Harga yang berjaya melepasi penurunan lebih rendah dari zon tersebut bakal mencatatkan paras terendah terbaru sejak dagangan Oktober 2019.

Namun jika kenaikan harga berjaya diteruskan, zon SBR (support become resistance) pada 1.28500 akan diuji sebelum harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Kenaikan seterusnya dijangka akan kembali semula ke paras tumpuan sebelum ini sekitar 1.29400 dan juga 1.30000.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat