Reaksi Data CPI, NZD/USD Jatuh Ke Paras Terendah 5 Minggu!

292

Harga pada carta pasangan mata wang NZD/USD pada hari ini (Khamis) jatuh ke paras terendah terbaru 5 minggu selepas reaksi pasaran terhadap terbitan data inflasi New Zealand di awal sesi Asia sebentar tadi.

Bacaan indeks harga pengguna (CPI) New Zealand untuk suku pertama mencatatkan angka 1.2%, lebih rendah berbanding bacaan sebelum ini 1.4%, dan meleset berbanding jangkaan untuk meningkat ke paras 1.5%.

Justeru, situasi ini mendorong jangkaan untuk bank pusat New Zealand memperlahankan pengetatan dasar monetarinya.

Reserve Bank of New Zealand (RBNZ) pada mesyuarat awal April lalu telah mengejutkan pasaran apabila masih agresif meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas ke paras 5.25%.

Berkemungkinan pasaran boleh mula melihat kesan pengetatan dasar sebelum ini berdasarkan penurunan pada kadar inflasi yang terbaru.

Carta harga NZD/USD mula menunjukkan penurunan lebih rendah pagi ini setelah memaparkan pergerakan agak mendatar dari awal minggu.

Setelah berlegar di paras 0.62000, penurunan harga telah berjaya melepasi paras yang dicecah pada Isnin lalu sekitar 0.61600 dan mencatatkan paras terendah terbaru sejak pertengahan Mac lalu.

Penurunan harga dijangka akan diteruskan untuk menuju paras 0.61000 dan menguji zon support utama tersebut.

Sementara, jangkaan untuk kenaikan harga pula, harga perlu melepasi semula paras 0.62000 sebelum memberikan isyarat perubahan trend.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan kembali menuju zon rintangan minggu lalu sekitar 0.63100 jika corak bullish berjaya dipaparkan semula.

Lihat gambar carta harga pasangan NZD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat