Regulasi Baru Membolehkan Korea Selatan Menutup Terus Bursa Matawang-Kripto

70

Pihak berkuasa Korea Selatan berkata pada Khamis bahawa pihak mereka akan mengkaji semula regulasi matawang-Kripto dan bersedia untuk menerapkan langkah-langkah tambahan untuk mengawal spekulasi pasaran matawang-Kripto domestik.

“Pihak berkuasa telah beberapa kali mengingatkan bahawa matawang digital tidak boleh digunakan sebagai matawang sebenar dan boleh menyebabkan kerugian yang tinggi disebabkan volatiliti (turun-naik) yang tinggi,” kata pihak berkuasa Korea Selatan.

Jika dibandingkan harga matawang digital di Korea Selatan dan di tempat lain , ia jauh berbeza dengan harga di bursa negara tersebut yang lebih tinggi.

“Langkah-langkah terbaru ini termasuklah larangan untuk pembukaan akaun anonim, dan undang-undang terbaru yang membolehkan regulator menutup bursa matawang digital jika perlu.”

Korea Selatan sebelum ini telah mengumumkan rangcangan untuk mengenakan cukai kepada keuntungan daripada perdagangan matawang-Kripto untuk mengatasi masalah spekulasi berlebihan.

Untuk rekod, Bitcoin yang juga matawang digital dengan  modal pasaran terbesar dalam pasaran matawang-Kripto telah naik 19 kali ganda tahun ini.

Berita terbaru tentang tindakan tambahan regulasi ke atas perdagangan matawang-Kripto di Korea Selatan telah menekan harga Bitcoin selepas membuat penurunan pada Rabu.

Bukan itu sahaja, kebanyakan matawang digital juga membuat penurunan yang lebih jelas pada Khamis dengan hanya 10 matawang mencatat kenaikan positif daripada 100 matawang-Kripto tertinggi dari segi modal pasaran sejak 24 jam lepas. Hal Ini jelas dilihat dalam coinmarketcap.com.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat