Remaja 18 Tahun Didakwa Mencuri Matawang Kripto Bernilai $50 Juta!

468

Menurut sebuah laporan pada 17 Januari 2020, seorang remaja 18 tahun yang berasal dari Montreal, Kanada berhadapan 4 pertuduhan jenayah yang melibatkan penipuan SIM-swapping bernilai $50 juta menyasarkan kepada pemegang matawang kripto.

Penipuan ini terjadi apabila penggodam berjaya memperdaya syarikat telekomunikasi untuk memindahkan nombor telefon mangsa ke dalam kad SIM mereka. Walaupun ianya agak mustahil untuk dilakukan, akan tetapi dengan bantuan orang dalam, jenayah tersebut dapat dilakukan dengan mudah.

Melalui SIM-swap tersebut, mereka dapat menggodam telefon bimbit mangsa tanpa sebarang pengesahan kata laluan.

Remaja yang dikenali sebagai Samy Bensaci itu dituduh oleh pihak berkuasa Kanada sebagai salah seorang dalang yang mencuri berjuta-juta matawang kripto yang melibatkan mangsa dari Amerika Syarikat dan Kanada. Tambahan daripada itu, pencurian tersebut dikatakan berlaku ketika musim bunga pada tahun 2018.

Seterusnya, wakil polis Quebec, Hugo Fournier mendedahkan bahawa penggodam perlu bertanggungjawab atas kehilangan $50 juta dan $300,000 matawang kripto di kedua-dua buah negara. Bukan itu sahaja! Kebanyakan individu dikatakan menjadi sasaran oleh penggodam ketika menghadiri persidangan Consensus di New York. Di samping itu, Don dan Alex Tapscott yang merupakan usahawan kripto terkenal di Kanada dan penulis buku ‘Blockchain Revolution: How The Technology Behind Bitcoin Is Changing Money, Business and The World’ mendedahkan bahawa mereka hampir-hampir menjadi mangsa kepada skim penipuan tersebut. Walau bagaimanapun, penggodam tersebut tidak berjaya mencuri wangnya.

Pada November tahun lalu, Samy telah diberkas di Victoria, British Columbia. Sebulan berikutnya, beliau dibebaskan dengan jaminan sebanyak $153,000 dan dilarang untuk mengakses mana-mana peranti dalam talian serta memiliki atau menukar apa-apa bentuk matawang kripto.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat