Rentak Logam Kuning Tampak Semakin Perlahan

39

Harga emas menyusut berikutan keyakinan pasaran terhadap prospek peningkatan kadar oleh Fed dalam mesyuarat Disember nanti.

Ucapan Janet Yellen pada minggu ini bakal menjadi tumpuan untuk isyarat yang lebih jelas mengenai peningkatan kadar tersebut. Emas bagi penghantaran Disember di Comex menyusut sebanyak 0.05% kepada $1,227.40 satu troy ounce.

Terdahulu, Naib Pengerusi Fed, Stanley Fischer berkata bahawa kecairan tunai dalam pasaran akan berubah disebabkan undang-undang yang lebih ketat telah digubal selepas krisis kewangan global. Pun begitu, kestabilan kewangan global akan terus dipertingkatkan.

Semalam, emas jatuh dalam sesi Eropah apabila Jabatan Perdagangan AS melaporkan jualan runcit AS meningkat.

Dalam satu laporan berasingan, indeks pembuatan New York juga bertukar positif buat kali yang pertama dalam sektor pembuatan.

Sementara itu, penganalisis ekonomi turut memberi amaran bahawa prospek bagi logam kuning dinilai mendung apabila dasar ekonomi Trump dijangka akan merangsang pertumbuhan ekonomi dan inflasi. Perkara ini juga sekali gus akan meningkat kadar faedah untuk masa hadapan.

Update Matawang Sesi Asia Yang Anda Perlu Baca Segera!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat