Ringgit Melonjak Hampir 350 Pip Berbanding Dolar Sejak Isnin

74

Ringgit juga turut terkesan dari sentimen semasa pasaran global sejak minggu lepas. Ringgit dilihat menguat berbanding US dolar sejak Isnin berikutan risiko geopolitik semasa. Terdahulu, serangan AS ke atas Syria telah membantu penguatan Ringgit dengan Usd/Myr melemah pada Jumaat lepas.

Pasaran global mula diselubungi oleh sentimen ‘risk-off‘ sejak Isnin dengan kebimbangan terhadap potensi peperangan antara Amerika dan Korea Utara. Kini tentera Amerika telah berada berhampiran dengan wilayah Korea Utara di mana sebelum ini kapal pengangkut pesawat Carl Vinson diarahkan untuk menuju ke wilayah tersebut dari pangkalan tentera di Singapura.

Korea Utara pula memberi amaran pada Selasa akan melancarkan serangan nuklear ke atas Amerika Syarikat jika terdapat isyarat tindakan kekerasan dari AS.

Ketidaktentuan ini telah melemahkan US dolar berbanding enam matawang utama yang lain dan tidak terkecuali Ringgit turut mendapat faedah dari sentimen pasaran semasa.

Komen Trump pada Khamis juga telah menyebabkan Usd/Myr jatuh sebanyak 100 pip, di mana beliau mengatakan US dolar terlalu kuat dan lebih menyokong polisi kadar faedah yang rendah.

Terbaru dan paling penting adalah tindakan terbaru dari Bank Negara yang menyebabkan penguatan Ringgit sehingga hampir 200 pip berbanding US dolar dalam sesi dagangan Khamis.

Bank Negara hari ini mengumumkan kawal aturan jualan singkat Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) atau bon kerajaan yang akan diperluaskan kepada semua pemain pasaran berkuat kuasa 2 Mei ini.

Hal ini dilihat sebagai usaha Bank Negara meningkat mudah tunai dalam pasaran bon tempatan di mana ia akan menjadi satu alat yang boleh digunakan oleh pelabur dalam ‘pengurusan risiko pelaburan’ mereka.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat