Risiko Kerajaan Baru New Zealand, NZD/USD Rekod Kejatuhan Terbesar

135

Dolar New Zealand merekod kejatuhan terbanyak hari ini sejak lima bulan lalu apabila pembangkang Parti Buruh mendapat sokongan daripada First Party pimpinan Winston Peters untuk membentuk kerajaan baru. Hal ini sekaligus menimbulkan persoalan tentang ketidaktentuan halatuju bank pusat dan polisi imigrasi.

Kiwi merekod kejatuhan sehingga 130 pip berbanding US dolar setakat pukul 3 petang apabila First Party menyertai Parti Buruh.

Para pelabur bimbang dengan ekonomi yang perlahan di bawah pentadbiran kerajaan baru yang mahu menambah perbelanjaan sosial dan mahu bank pusat (RBNZ) menambah satu lagi mandat iaitu gunatenaga-penuh (full-employment). Kerajaan baru juga dilihat mahu mengurangkan imigrasi yang akan memberi risiko kepada kekurangan tenaga buruh mahir yang akan memperlahankan pertumbuhan. Hal ini dinyatakan sendiri oleh penganalisis ekonomi di Standard Chartered.

“Pasaran menjual dolar New Zealand disebabkan risiko kerajaan baru, yang akan mengubah mandat bank pusat daripada hanya fokus kepada kestabilan inflasi,” kata Mansoor, ketua strategi matawang di Natwest Markets Singapura.

Pada mulanya Parti Nasional dijangka mendapat kemenangan mudah, tetapi berubah kepada persaingan sengit sejak Jacinda Ardern menjadi ketua Parti Buruh pada Ogos. Ardern bakal perdana menteri New Zealand sebelum ini berjanji untuk menghalang pembelian hartanah oleh orang asing.

Perubahan polisi akan “melemahkan Kiwi,” kata strategist matawang di Nomura Singapura.

Dengan sokongan Fisrt Party kepada Buruh-Green Party, kerajaan baru ketika ini menguasai 63 kerusi daripada 120 kerusi parlimen. Terdapat juga potensi untuk Aussie dolar menguji paras tertinggi dua tahun lalu berbanding Kiwi, kata Mansoor.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat