Rundingan Dagangan AS-China Temui Jalan Buntu – USD Merosot!

353

Rundingan antara dua ekonomi terbesar dunia dilaporkan menemui jalan buntu apabila Amerika Syarikat dikatakan meminta perincian bagaimana China merancang untuk mencapai $50 bilion dalam pembelian pertanian dan dengan permintaan tersebut, ia menjadi halangan utama dalam rundingan tersebut.

China dikatakan menolak cadangan daripada AS bahawa ia akan menyediakan target bulanan, dan tahunan untuk pembelian tersebut, sambil menegaskan bahawa kedua belah pihak harus bersetuju untuk membatalkan tarif mengikut fasa jika perjanjian dapat dicapai.

Susulan daripada itu, dolar Amerika terus mengalami kemerosotan berbanding kumpulan matawang utama lain dengan indeks dolar menyusut kepada 98.33. Dagangan dolar berbanding yen juga turut memperlihatkan penurunan kepada 108.60.

Sementara itu di Eropah, pertumbuhan ekonomi Jerman menunjukkan peningkatan kepada 0.1% pada suku ketiga 2019 daripada penguncupan 0.2% pada suku kedua yang dipengaruhi oleh kenaikan dalam penggunaan isi rumah, perbelanjaan kerajaan dan pelaburan pembinaan

Berikutan daripada itu, dagangan euro berbanding USD terus meningkat untuk diniagakan di atas paras 1.10 selepas terdapat penurunan berterusan pada awal pasaran Asia.

Selain itu, berikutan daripada data jualan runcit UK yang baru diterbitkan, dagangan pound bagaimanapun menunjukkan peningkatan berbanding USD walaupun jualan runcit tersasar daripada unjuran pasaran pada 0.2% dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 0.1%.

Di sisi lain, matawang Aussie terus mempamerkan prestasi merosot sepanjang sesi Asia hingga ke sesi Eropah hari ini, berikutan kelemahan data pekerjaan negara itu yang mendorong bank pusat untuk melonggarkan polisi lagi pada tahun depan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat