Rundingan Nuklear Iran Terhenti, Apa Dah Jadi?

451

Harga minyak meningkat pada pembukaan perdagangan sesi Asia setelah rundingan untuk menghidupkan semula perjanjian nuklear Iran terhenti susulan pilihan raya yang berlangsung pada minggu lalu.

Niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan kukuh pada $73.70 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula menguat pada $71.50 setong.

Menurut laporan Reuters yang memetik kenyataan utusan Kesatuan Eropah (EU) untuk rundingan itu pada hujung minggu, Iran dan enam kuasa besar dunia menangguhkan perbincangan tersebut yang mungkin disebabkan pemilihan presiden Iran yang baru.

Ia juga tidak memberikan petunjuk mengenai bila rundingan akan dilanjutkan tetapi mengatakan bahawa kemajuan telah dicapai dan para perunding akan mempunyai idea yang lebih jelas tentang bagaimana untuk menutup perjanjian ketika mereka kembali nanti.

Kemenangan Ebrahim Raisi sebagai presiden baru Iran dikatakan akan membawa kesulitan kepada rundingan. Namun begitu, ketika kempen pilihan raya dijalankan, beliau mengatakan sokongannya terhadap perjanjian ini.

Selain itu, pengukuhan harga turut mendapat sokongan berterusan daripada prospek terhadap permintaan bahan bakar global yang dijangka akan meningkat lagi pada musim panas.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat