Saham AS Turun, Pelabur Dihimpit Kebimbangan!

658

Ketiga-tiga indeks Wall Street ditutup ‘merah’ pada hari Rabu berikutan jangkaan yang meningkat bahawa kadar faedah akan kekal tinggi untuk tempoh lebih lama.

Ini susulan data yang diterbitkan pada sesi New York, memperlihatkan data PMI bukan pembuatan tinjauan ISM Amerika Syarikat naik ke paras tertinggi sejak Februari pada bulan lalu.

Penganalisis melihat angka itu menunjukkan bahawa ekonomi AS kekal lebih kukuh berbanding negara G10 yang lain dan mempunyai risiko lebih kecil untuk memasuki kemelesetan.

Ekoran daripada itu juga, pasaran meningkatkan jangkaan bahawa kadar faedah Federal Reserve (Fed) akan kekal di tahap tertinggi untuk tempoh lebih lama.

Selain itu, pelabur juga bimbang dengan kenaikan harga minyak, kerana kos tenaga yang lebih tinggi mungkin membawa kepada inflasi meningkat semula sekali gus memaksa Fed menaikkan semula kadar faedah.

Berikutan jangkaan itu, hasil perbendaharaan AS 10 tahun meningkat ke paras tertinggi dua minggu pada 4.30% seterusnya melemahkan pasaran saham.

Indeks Dow Jones Industrial turun 0.57% kepada 34,443.19, manakala S&P 500 susut 0.70% pada 4,465.48 dan Nasdaq Composite pula jatuh 1.06% kepada 13,872.47.

Apple berada di bawah tekanan susulan laporan bahawa China melarang kakitangan kerajaan daripada menggunakan iPhone, menyaksikannya susut 3.5%.

Sementara itu, Nvidia pula turun 3.2% juga telah menyumbang kepada penarikan semula yang kukuh dalam indeks Nasdaq.

Anda juga boleh mengintai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat