Saham Eropah Di Landasan Tepat Meraih Untung Terbesar Sejak Dua Bulan Lalu

45

Pasaran saham Eropah di landasan tepat bagi meraih keuntungan tertinggi sejak dua bulan lalu dengan para pelabur ketika ini memasuki pasaran ekuiti dengan isyarat bank-bank pusat utama dunia dijangka tidak akan mengetatkan polisi lebih pantas seperti sentimen yang berlaku dua minggu lalu.

Pergerakan indeks utama dunia pada Jumaat lebih perlahan apabila pelabur-pelabur sedang menunggu laporan pendapatan suku kedua bank-bank besar Amerika Syarikat seperti JPMorgan dan Citigroup.

Indeks STOXX 600 yang menggabungkan 600 saham di Eropah naik 0.13% setakat ini pukul 4.12 pm dengan indeks saham-saham utama Eropah Euro Stoxx 50 naik 0.08%.

Pengukuhan berterusan komoditi logam memberi sokongan kepada saham-saham cari gali di Eropah.

Dengan kenaikan hasil-bon di Eropah memberi sedikit kesan kepada  kaunter-kaunter tenaga di mana kaunter perbankan mendapat faedah.

Laporan pendapatan dari syarikat-syarikat Eropah juga akan dikeluarkan bulan ini di mana penganalisis secara keseluruhan menjangka kenaikan 9% dari tahun ke tahun kepada syarikat utama Eropah berbanding 8% di US.

Prestasi pasaran di Jerman seperti DAX 30 dibuka lebih rendah 0.2% ketika ini setakat 4.19 pm.

Di Perancis CAC 40 naik 0.13%.

FTSE 100 pula ketika ini susut 0.12%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat