Saham MyEG Kembali Bernafas Selepas Tenggelam Ke Dasar Lautan!

271

Saham MyEG Services Bhd kembali didagangkan positif pada Rabu, bangkit dari paras terendah 26 bulan yang dicatatkan pada Selasa.

Ia juga menjadi kaunter paling aktif didagangkan untuk hari kedua berturut-turut dengan kira-kira 80.32 juta saham bertukar tangan pada pembukaan dagangan pagi ini.

Harganya juga meningkat 4.3% atau 3 sen kepada 73 sen.

Kenaikan ini menyusuli langkah pembelian balik 2 juta saham oleh syarikat itu di pasaran terbuka pada RM1.44 juta atau 71.5 sen sesaham.

Terdahulu, MyEG menjunam ketara sebanyak 31.41% kepada had bawah 65.5 sen sesaham susulan pengumuman mengejut Jabatan Imigresen pada Isnin.

Semua urusan berkaitan proses imigresen, termasuk yang kini dikendalikan oleh pihak luar seperti MyEG akan dikembalikan kepada pihak Imigresen sepenuhnya menjelang tahun 2025.

Ini susulan pengenalan Sistem Imigresen Bersepadu Nasional (NIISe) baharu yang akan digunakan untuk semua perkhidmatan dan proses imigresen akan datang.

Penganalisis Affin Hwang Investment Bank menjangkakan MyEG akan kehilangan 20% daripada pendapatannya susulan langkah baharu itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat