Saham Serba Dinamik Jatuh Ke Paras Terendah Baru Lagi

3,427

‘Dah tak boleh nak tolong lagi dah ni.’

Serba Dinamik Holdings Bhd yang kembali semula dalam sesi dagangan semalam, dilihat mencapai rekod terendah ‘lagi‘ buat 2 hari berturut-turut.

Ketika sesi dagangan awal pagi, harga saham Serba Dinamik tumbang 4.5 sen atau 40.91% pada 6.5 sen.

Ia secara tidak langsung menandakan bahawa syarikat tersebut telah mencapai paras terendah baru di bawah 7 sen buat kali pertama dengan nilai permodalan syarikat sebanyak RM261 juta.

Kaunter tersebut yang didagangkan aktif, memperlihatkan sebanyak 238.59 juta saham didagangkan selepas ia ditutup pada 24 sen atau 68.6% pada 11 sen semalam.

Bagi warannya pula, ia jatuh sebanyak 1 sen atau 33.33% pada 2 sen dengan 24.75.

Sebagai peringatan, ketika sesi dagangannya semalam saham Serba Dinamik telah susut 23 sen atau 65.71%.

Pada sisi berbeza, beberapa pelabur telah menyuarakan pendapat mereka mengenai kerugian besar-besaran selepas harga saham Serba Dinamik merosot ke paras terendah baru.

Para pengguna di Facebook terutamanya sangat lantang bersuara dengan seorang pengguna bertanya bagaimana cara untuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) terhadap golongan yang menggalakkan orang ramai ‘buy’ saham Serba Dinamik.

Rata-rata maklum balas yang diterima daripada pengguna tersebut bercampur sinis, lucu dan amarah.

Seorang pengguna Facebook menyatakan bahawa dirinya rasa tertipu selepas diberitahu saham Serba Dinamik akan naik namun pada hari berikutnya merosot teruk.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat