Sampai Bila Isu Tentang Pembekuan Bekalan Ini Akan Berterusan?

26

Minyak mentah di Asia mula meningkat dalam sesi Asia pada Jumaat berikutan kebanyakan pelabur masih menanti keputusan pembekuan bekalan yang bakal dibuat bulan depan.

Minyak mentah di New York Merchantile Exchange meningkat 0.10% kepada $49.77 setong. Minyak brent juga meningkat 0.12% kepada $50.53.

Semalam, harga minyak dicatat meningkat daripada kejatuhan sesi dagangan sebelumnya.

Menurut Reuters, Arab Saudi dan sekutunya memberitahu Russia bahawa mereka sanggup memotong 4% daripada jumlah pengeluaran mereka.

Pun begitu, Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak memberitahu bahawa Moscow tidak akan mengurangkan pengeluaran mereka, tetapi membekukan pada paras semasa.

Sebelum ini, OPEC telah mencapai kata sepakat untuk membekukan output daripada 32.5 juta hingga 33.0 juta tong sehari. Pun begitu, keputusan muktamad hanya akan diputuskan semasa mesyuarat rasmi yang akan datang di Vienna, 30 November nanti.

Ubah Sekarang Atau Anda Akan Menyesal!

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat