Samsung Rancang Buat Pelaburan Bernilai $206 Bilion Menjelang 2023

346

Samsung Group merancang untuk membuat pelaburan sebanyak $206 bilion (240 trilion won) dalam 3 tahun yang akan mendatang untuk memperluaskan impak pasarannya.

Samsung Electronics Co Ltd mengatakan antara sasaran yang ingin digapai adalah dalam bidang biofarmaseutikal, kecerdasan buatan, semikonduktor dan robotik.

Meneliti kepada kenyataan yang dikeluarkan, pelaburan sehingga 2023 ini akan membantu kumpulan dalam memperkukuhkan kedudukan global dalam industri utama seperti pembuatan cip.

Sambil menyelam minum air, kumpulan itu juga ingin mencari peluang pertumbuhan di dalam bidang baharu seperti robotik dan telekomunikasi pada generasi yang akan datang.

Samsung Electronis menjelaskan bahawa kumpulan itu merancang untuk memantapkan lagi tahap kepimpinan teknologi dan pasaran melalui penggabungan dan pengambilalihan.

Kumpulan itu juga memutuskan untuk meningkatkan pelaburan bagi membantu mengekalkan kepimpinan teknologi terutamanya di saat situasi kecemasan di dalam atau di luar negara.

Rancangan strategi pelaburan ini merupakan peratusan yang lebih tinggi yang merangkumi sekitar 30% berbanding strategi yang dilancarkan oleh Samsung pada tahun 2018.

Menurut South Korea’s Fair Trade Commission, setakat ini Samsung Group telah mempunyai 59 affiliates dengan nilai aset bernilai 457 trilion won.

Rancangan pelaburan itu juga dibuat lebih dari seminggu setelah pemimpin Samsung Group, Jay Y Lee dibebaskan dari penjara susulan terpalit dengan isu rasuah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat