Satu Lagi Minggu Yang ‘Huru-hara’ Sedia Gegar Pasaran

729

Permulaan dagangan awal minggu melihatkan pergerakan mendatar dalam pasaran mata wang setelah melalui minggu yang tidak menentu sebelum ini.

Meskipun begitu, pasaran dijangka akan digegarkan sekali lagi dengan penerbitan data-data utama daripada Amerika Syarikat dan UK.

Data inflasi AS yang akan diterbitkan pada Selasa bakal menentukan hala tuju seterusnya buat mata wang US dolar yang kini terus mempamerkan pergerakan lemah berbanding pesaing utamanya.

Buat masa ini, dolar Amerika telah mengalami beberapa pengambilan untung oleh pasaran selepas sebulan meraih keuntungan yang berterusan.

Lonjakan ketara USD berbanding yen telah mendorong pihak berkuasa Jepun lantang menyuarakan kebimbangan akan kemerosotan mata wang mereka yang mencetuskan spekulasi campur tangan dan memberi tekanan pada Bank of Japan (BOJ).

Hal ini sedikit sebanyak membantu yen untuk bertahan daripada kejatuhan yang lebih parah selepas ia menyentuh paras paling lemah berbanding greenback sejak 1998.

Selain itu, mata wang euro masih mengekalkan keuntungan yang diraih daripada keputusan mesyuarat polisi Bank Pusat Eropah (ECB) pada minggu lalu yang telah menaikkan kadar faedah sebanyak 75 mata asas.

Dalam pada itu, pound turut mencatat peningkatan dengan memanfaatkan kelemahan US dolar, sekali  gus membantunya untuk bangkit dari paras terendah 37 tahun.

Menjadi tumpuan buat pelabur mata wang pound pada minggu ini adalah penerbitan data pertumbuhan ekonomi, laporan pekerjaan dan inflasi UK.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat