Monday Blues, Mampukah Ekuiti Meneruskan Rali Pada Minggu Ini?

62

Aliran pasaran ekuiti pada awal minggu bermula positif dengan sentimen pelabur dilihat memulih, mematahkan 3 sesi kerugian lepas.

Bermula di rantau Asia, Nikkei 225 Jepun naik 1.26% sementara Topix raih 0.92% tatkala S&P/ASX 200 Australia tambah 0.92% dan indeks meluas MSCI saham luar Jepun canak 0.18%.

Beralih ke Wall Street, niaga hadapan Dow Jones Industrial dan S&P 500 naik 0.3% sementara Nasdaq Composite lonjak 0.4%.

Sungguhpun pasaran ekuiti meraih keuntungan pada awal minggu, beberapa data penting pada minggu ini mungkin mengubah keyakinan pelabur memandangkan sentimen keseluruhan dilihat risk-off.

Ulas ahli ekonomi Ethan Harris, tinjauan pasaran mendapati 88% menjangkakan Federal Reserve (Fed) akan menaikkan kadar sebanyak 75 mata asas.

Antara tumpuan utama minggu ini adalah bacaan indeks harga pengguna (CPI) dan teras bulanan Amerika Syarikat (AS) yang diapit data indeks harga pengeluaran (PPI), data jualan runcit dan indeks sentimen keluaran Universiti Michigan.

Selain itu, zon Eropah akan memberi fokus kepada data keluaran dalam negara kasar (GDP) dan CPI Britain sementara di Asia terdapat bacaan data pekerjaan Australia.

Dalam pada itu, mata memperlihatkan indeks dolar pada 108.820, turun daripada paras 110.790 minggu lepas tatkala Yen susut pada 142.67 sementara Euro naik pada $1.0067.

Bagi komoditi, harga minyak didagangkan rendah dengan Brent turun 36 sen pada $92.48 sementara minyak mentah AS jatuh 45 sen pada $86.34.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat