Saudagar Minyak Garu Kepala Harga Minyak Jatuh Balik!

1,026

Dagangan minyak mentah kembali memadamkan beberapa keuntungan yang diraih pada dua sesi sebelum ini dengan kejatuhan lebih 1% pada sesi Eropah.

Penanda aras minyak mentah WTI Amerika Syarikat susut 1.5% kepada $39.56 setong, menyusuli peningkatan 4.9% pada Rabu. Sementara minyak mentah Brent pula jatuh 1.35% pada $41.65 setong setelah melonjak 4.2% pada sesi dagangan sebelum ini.

Keuntungan yang diraih terhenti ketika fasiliti minyak mentah yang ditutup bagi persediaan menghadapi Taufan Sally, dibuka semula secara beransur-ansur dengan kru-kru mula kembali ke pelantar minyak.

Selain itu, kebimbangan terhadap permintaan turut menekan harga minyak mentah. Peningkatan harga minyak sebelum ini telah disokong oleh laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan bahawa terdapat pengurangan 4.4 juta tong dalam bekalan minyak AS pada minggu lepas.

Terdahulu, Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan terdapat penurunan kira-kira 9.5 juta tong daripada inventori minyak AS.

Namun begitu, apa yang menjadi kebimbangan pasaran buat masa ini adalah kenaikan 3.4 juta tong dalam bekalan penyulingan mingguan yang mana ia jauh lebih besar daripada jangkaan peningkatan 600,000 tong dan penurunan 1.67 juta tong pada minggu sebelumnya.

Sementara itu, jawatankuasa pemantauan menteri bersama (JMMC) OPEC+ akan bertemu pada hari ini, di mana pasaran menjangkakan mereka tidak akan membincangkan mengenai pemotongan pengeluaran yang lebih lanjut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat