SEC Buat Pusingan U, Kini Coinbase Di Bawah Perhatian SEC!

346

Beberapa tahun yang lalu, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC) telah memuji Coinbase yang merupakan salah satu bursa pertukaran utama. SEC telah memuji rangka kerja sekuriti Coinbase dan membenarkan tawaran awam permulaan (IPO) dijalankan pada April 2021. Kini, SEC mengambil langkah ‘pusingan U’ dengan menyiasat Coinbase dalam isu penyenaraian sekuriti tidak berdaftar.

Pengerusi SEC A.S. Gary Gensler telah dikritik kerana pendekatannya untuk mengawal selia kripto dan mengabaikan pendirian terdahulu. Gensler percaya kebanyakan mata wang kripto adalah sekuriti.

Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa A.S. kini dilaporkan sedang menyiasat Coinbase atas tuduhan menyenaraikan sekuriti tidak berdaftar. SEC mendakwa beberapa mata wang kripto yang disenaraikan oleh Coinbase adalah sekuriti. Minggu lalu, SEC mendapati mata wang kripto sebagai sekuriti selepas tiga pekerja Coinbase ditangkap atas tuduhan perdagangan dalaman.

Ketua Pegawai Undang-undang Coinbase Paul Grewal menegaskan “Coinbase tidak menyenaraikan sekuriti dalam bursa mereka”. Beliau juga berkata Coinbase mempunyai proses analisis dan semakan untuk menyenaraikan mata wang kripto pada platformnya. Proses dan rangka kerja sekuriti itu telah dipuji dan disemak oleh SEC sebelum ini.

Peguam dan peminat kripto John E. Deaton dalam tweet beliau pada 26 Julai mengkritik pendekatan pengawalseliaan SEC. Beliau berkata kakitangan kanan SEC sebelum ini memuji Coinbase untuk rangka kerja sekuritinya tetapi kini menyiasat pertukaran itu berhubung penyenaraian sekuriti tidak berdaftar.

Deaton meramalkan bahawa SEC akan memfailkan tuntutan mahkamah terhadap pertukaran kripto menjelang akhir tahun ini. Coinbase sebelum ini telah menyahsenarai XRP selepas SEC memfailkan tuntutan mahkamah terhadap Ripple.

Kes Ripple dan SEC dijangka berakhir tidak lama lagi apabila Hakim Sarah Netburn mengarahkan SEC menyerahkan draf ucapan William Hinman 2018.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat