SEC & CFTC Dikritik, Wakil A.S Seru Perlunya Entiti Terpisah Mengawal Selia Pasaran Kripto!

398

Wakil pentadbiran Amerika Syarikat Patrick McHenry baru-baru ini telah melancarkan kritikan terbuka terhadap dua badan pentadbiran iaitu Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Komoditi (CFTC) dan SEC berhubung pengendalian peraturan mereka terhadap aset digital. McHenry memetik keperluan untuk wujudnya entiti khas yang berasingan untuk mengawal selia aset digital atau mata wang kripto.

Komen McHenry dikemukakan di tengah-tengah penelitian yang semakin meningkat terhadap SEC dan pengawal selia A.S. yang lain dalam pengendalian mereka terhadap pasaran kripto yang semakin meningkat. Sehingga kini, Amerika Syarikat tidak mempunyai sebarang undang-undang persekutuan yang komprehensif mengenai pasaran kripto.

Dalam temu bual dengan Punchbowl, Rep. McHenry berpandangan bahawa perlunya pentakrifan yang betul terhadap aset digital. Beliau berpendapat bahawa mata wang kripto bukanlah komoditi mahupun sekuriti. Waima begitu beliau tidak menjelaskan takrifan beliau.

McHenry mencadangkan bahawa industri kripto yang berkembang dengan pesat memerlukan badan kawal selia yang berasingan selain daripada SEC dan CFTC. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa Kongres perlu memainkan peranan untuk mendefinisikan mata wang kripto ini. Adalah penting untuk berbuat demikian kerana tiada kejelasan mengenainya dan juga tiada badan kawal selia khusus untuk mengawasinya.

Beliau juga mengkritik pengawal selia yang sedia ada, kerana mereka kurang memahami pasaran kripto yang sedang berkembang pesat ini. Beliau pada asasnya berpendapat bahawa Suruhanjaya Bursa Sekuriti dan CFTC kekurangan kapasiti tersebut untuk mengawal selia inovasi baharu ini dengan baik.

Tuntutan undang-undang yang telah berlangsung dengan agak lama antara SEC A.S dan Ripple adalah contoh nyata bagi isu ini. Di satu sisi, Suruhanjaya mendakwa bahawa token asli Ripple XRP adalah satu bentuk sekuriti manakala Ripple menegaskan bahawa ianya tidak.

Kes kontroversi itu telah menunjukkan banyak kelompongan. Ripple dan defendan lain juga mendakwa bahawa pegawai SEC telah secara paksa mengheret token XRP ke dalam tuntutan mahkamah dan dalam masa yang sama menutup mata terhadap mata wang kripto lain. Sementara itu, pembicaraan kes ini dijangka selesai pada tahun 2023.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat