Keuntungan Bersih Bursa Bagi Q1 Menurun Sebanyak 44.01%!

307

‘Macam-macam benda boleh terjadi dalam masa 1 suku je.’

Bursa Malaysia Bhd menyaksikan keuntungan bersih bagi suku pertama 2022 (1QFY22) mengalami kejatuhan ekoran penurunan hasil dagangan.

Kenyataan rasmi dari Bursa menyaksikan keuntungan bersih 1QFY22 catat RM67.97 juta sedangkan pada tahun lalu ia mencatat RM121.39 juta, penurunan sebanyak 44.01%.

Selain itu, pendapatan suku tahunannya juga susut 28.83% pada RM165.3 juta daripada RM232.28 juta.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa, Datuk Muhamad Umar Swift, nilai purata dagangan harian sekuriti telah kembali normal kepada paras pra-pandemik dan secara tidak langsung telah menyebabkan penurunan kepada keuntungan.

Hasil dagangan suku terkini mencatat penurunan 46.7% pada RM80.4 juta berbanding RM150.9 juta yang dilaporkan pada 1QFY21.

Dalam pada itu, halaju dagangan pada 1QFY22 dilihat lebih rendah 36% berbanding 1QFY21 pada 70%.

Sementara itu, dana yang diperolehi melalui tawaran awam permulaan (IPO) untuk suku terkini pula berjumlah RM1.5 bilion, sedikit tinggi daripada RM0.2 bilion yang dicatat pada suku sebelumnya.

Di sisi yang berbeza, purata kontrak harian pasaran derivatif turun sebanyak 3.5%, iaitu 77,513 kontrak bagi 1QFY22 berbanding 80,338 kontrak semasa 1QFY21.

Pasaran Islam bagi aktiviti dagangan lebih tinggi di Bursa Suq Al-Sila’ mempamerkan peningkatan hasil dagangan sebanyak 12.2% pada RM3.8 juta daripada RM3.4 juta.

Perkhidmatan penyenaraian dan penerbitan naik 7.2% pada RM16.9 juta berbanding RM15.8 juta sementara perniagaan data pasaran naik 4.8% pada RM14.8 juta berbanding RM14.1 juta.

Jumlah perbelanjaan operasi lonjak 4.6% pada RM72.5 juta daripada RM69.4 juta, ekoran peruntukan untuk susut nilai selain pelunasan serta peningkatan perbelanjaan teknologi, pemasaran dan pentadbiran.

Tambah Umar, Bursa menjangkakan lebih banyak peluang dagangan untuk pelabur ekoran pergerakan harga minyak sawit mentah, dasar kadar faedah dan pembukaan semula ekonomi serta sempadan antarabangsa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat