Sempat Jatuh Lebih Parah, Emas Bangkit Semula!

1,921

Harga emas sedikit meningkat selepas menjunam rendah di bawah paras harga $1,900 per auns pada sesi sebelum ini berikutan perkembangan positif dalam rundingan damai Ukraine dan Rusia.

Pengumuman Rusia bahawa ia akan mengurangkan operasi ketenteraannya berhampiran Kiev dan Chernihiv di Ukraine telah menyokong sentimen pasaran untuk meningkat, menyebabkan pelabur melepaskan permintaan terhadap safe-haven.

Sementara itu, Ukraine juga bersedia untuk menjadi negara neutral yang tidak berpihak kepada mana-mana negara sebagai pertukaran kepada gencatan senjata dan jaminan keselamatan.

Hal ini telah mendorong kejatuhan dagangan emas ke paras terendah hampir satu bulan pada $1,890 per auns pada permulaan sesi New York.

Walau bagaimanapun, logam berharga itu bangkit semula untuk didagangkan pada sekitar harga $1,922 per auns pada sesi Asia dengan sokongan daripada penyusutan yang dicatatkan US dolar dan hasil bon AS 10 tahun.

Meskipun terdapat perkembangan baik dalam rundingan Ukraine-Rusia, pelabur tetap berhati-hati memandangkan Amerika Syarikat telah memberi amaran bahawa tindakan Rusia itu mungkin bukan bermaksud ‘pengunduran’, tetapi perubahan ke arah lebih strategik dalam menyerang Ukraine.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat