Sendu Di Awal Minggu, Pelabur Nanti Petunjuk Lebih Jelas Untuk EUR/USD

360

Pergerakan pasaran kewangan pada pembukaan dagangan awal minggu ini dilihat perlahan selepas risiko kemunculan varian baru Coronavirus pada penghujung minggu lalu sedikit reda.

US dolar berlegar di sekitar paras terendah 1 minggu ekoran kebimbangan pelabur bahawa kemunculan varian Covid-19, Omicron yang kembali menjadi faktor ancaman terhadap pemulihan ekonomi bakal merencatkan rancangan pengetatan polisi oleh Federal Reserve (Fed).

Sementara mata wang Euro kekal bergerak lemah pada awal minggu gagal untuk memanfaatkan kelemahan US dolar berikutan pelabur masih tidak meletakkan keyakinan terhadap bank pusat Eropah.

Terbaru, kenyataan oleh salah seorang ahli European Central Bank (ECB) masih memberi petunjuk bahawa bank pusat akan terus mengekalkan pelonggaran polisi yang dilihat akan terus memberi tekanan untuk pergerakan semasa Euro.

Pada carta harga pasangan mata wang EUR/USD, harga dilihat bergerak mendatar pada awal minggu gagal untuk meneruskan lonjakan yang dipamerkan pada Jumaat lalu.

Selepas harga melonjak dari zon support 1.12000 yang menjadi zon terendah dicecah harga untuk tahun ini, pelabur mula menilai sebagai isyarat awal untuk perubahan trend bullish semula.

Kenaikan tersebut juga telah melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam dengan kenaikan harian pada Jumaat lalu mencatatkan sekitar 120 pips lonjakan.

Namun kenaikan gagal diteruskan pada dagangan Isnin semalam apabila harga hanya berlegar di atas paras 1.12600 dengan sokongan pada MA50.

Belum memberi isyarat pergerakan yang lebih jelas, pelabur akan menantikan petunjuk-petunjuk terbaru pada carta harga sementara memantau perkembangan risiko penularan Covid-19 Omicron.

Sekiranya kenaikan harga berjaya diteruskan, kenaikan harga dilihat akan kembali menuju zon rintangan pada 1.14000 setelah 2 minggu harga jatuh di bawah zon tersebut.

Sekiranya zon tersebut berjaya ditembusi, harga akan memberi isyarat lebih jelas terhadap pergerakan harga bagi trend bullish dengan sasaran seterusnya berkemungkinan menuju sehingga 1.15000 pula.

Sebaliknya jika harga kembali bergerak menurun di bawah paras sokongan semalam pada 1.12600 dan juga melepasi sokongan MA50, pelabur bakal menjangkakan penurunan harga akan berterusan.

Zon support pada 1.12000 akan kembali diuji sebelum penurunan harga yang berjaya menembusinya akan mencatatkan paras terendah terbaru lagi untuk tahun 2021.

Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat