Sentimen Berisiko Selubungi Bursa Pada Awal Minggu

124

Pada jam 9 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.63 mata pada 1,451.11 daripada penutupan hari Jumaat pada 1,456.74.

Indeks dibuka lemah 2.34 mata pada 1,454.40.

Bursa dibuka lemah pada awal minggu dengan pelabur kekal berwaspada selepas menyaksikan prestasi semalaman Wall Street bercampur-campur sehingga ke pasaran serantau.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi pada 179 mengatasi kaunter untung pada 92, manakala 200 kaunter pula tidak berubah, 1,813 tidak didagangkan dan 18 digantung.

Jumlah perolehan pada 188.42 juta unit bernilai RM81.12 juta.

Naib Presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn, Thong Pak Leng menyatakan aktiviti bargain-hunting akan muncul berdasarkan penilaian semasa indeks dan KLCI dijangka berada di paras 1,450-1,470.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) hilang 15 sen pada RM8.73, Public Bank Bhd turun 1 sen pada RM4.48, Petronas Chemicals Group Bhd kuncup 2 sen pada RM9.50 dan IHH Healthcare Bhd susut 6 sen pada RM6.22 sementara CIMB Group Holdings Bhd kekal pada RM4.92.

Saham aktif memperlihatkan SFP Tech Holdings Bhd tambah 34.5 sen pada 64.5 sen, Dagang NeXchange Bhd (DNeX) dan LKL International Bhd hilang 1.5 sen pada 79.5 sen dan 4.5 sen sementara MQ Technology Bhd susut 0.5 sen pada 3.5 sen manakala KNM Group Bhd kekal pada 13.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas mengurang 35.78 mata pada 10,362.09, indeks FBM Emas Shariah merosot 21.74 mata pada 10,504.75, FBM 70 menyusut 32.55 mata pada 12,581.86, FBM ACE menguncup 27.37 mata pada 4,806.61 dan indeks FBMT 100 menurun 36.08 mata pada 10,100.93.

Segi sektor, indeks Perkhidmatan Kewangan melemah 101.68 mata pada 16,204.15, indeks Perladangan menghilang  34.16 mata pada 7,184.07 dan indeks Industri Produk dan Perkhidmatan merosot 0.89 mata pada 185.42.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat