Sentimen Melemah, Bursa Malaysia Dibuka Bercampur Lagi

182

Pada jam 9.25 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 0.83 mata pada 1,528.58 daripada penutupan Khamis pada 1,527.75.

Indeks dibuka 1.06 mata pada 1,528.81.

Ia dibuka bercampur-campur dengan indeks utama naik sedikit 0.05% semasa sentimen terus melemah dalam pasaran.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 295 berbanding 159, manakala 269 kaunter pula tidak berubah, 1,512 tidak didagangkan dan 12 digantung.

Jumlah perolehan pada 426.06 juta unit bernilai RM196.79 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan pelabur masih gelisah mengenai kenaikan kadar serta kebimbangan terhadap kes Covid-19 yang semakin meningkat akan merebak ke saham tempatan dan aktiviti pengambilan untung di kaunter teknologi akan muncul.

Tambahnya lagi, mereka percaya saham teknologi dan perladangan akan kekal positif sementara saham teknologi akan berubah ekoran aktiviti pengambilan untung dan menjangkakan segmen bahan binaan akan mendapat perhatian apabila harga logam semakin melonjak.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Petronas Chemicals Group Bhd (Petchem) naik 13 sen pada RM9.08, CIMB Group Holdings Bhd tambah 2 sen pada RM5.27, Tenaga Nasional Bhd (TNB) lonjak 1 sen pada RM9.08, Press Metal Aluminium Holdings Bhd macu 7 sen pada RM6.19, Public Bank Bhd dan IHH Healthcare kekal pada RM4.17 dan RM6.55 sementara Malayan Banking Bhd (Maybank) turun 1 sen pada RM8.27 dan Hong Leong Bank susut 18 sen pada RM19.16.

Saham aktif memperlihatkan Dagang NeXchange Bhd (DNeX) macu 2 sen pada 98.5 sen, G3 Global Bhd, Ageson Bhd dan Talam Transform Bhd kekal pada 8 sen, 2.5 sen dan 2 sen sementara Aurelius Technologies Bhd susut 5 sen pada RM2.02.

Di papan indeks, FBM ACE mekar 2.27 mata pada 6,163.40, FBM Emas Shariah turun 12.23 mata pada 11,690.12, FBM 70 susut 77.91 mata pada 13,487.39, FBM Emas turun 11.84 mata pada 10,968.77 dan FBMT 100 kuncup 9.29 mata pada 10,675.93.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menaik 1.03 mata pada 202.27, indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 21.82 mata pada 15,757.01 sementara indeks Perladangan mekar 1.84 mata pada 6,680.83.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat