Sentimen & News yang Bakal Menggerakkan Eur/Usd (16-20 Januari)

42

Sidang media Rabu lepas mendominasi pasaran minggu lalu yang menunjukkan kesan besar oleh faktor geo-politik dalam pasaran global khusunya forex market. Eur/Usd didagang dalam keadaan volatile (turun-naik) berikutan komen Trump yang tidak banyak membantu penguatan US dolar.

Dalam tempoh ini pasaran akan terus memberi tumpuan kepada Trump, lebih-lebih lagi kemasukan beliau ke White House pada Jumaat ini, sekaligus dilantik sebagai Presiden US yang baru.

Manakala di Zon-Eropah pula, pasaran akan memberi tumpuan kepada penetapan kadar oleh Bank Pusat Eropah (ECB). ECB dalam mesyuarat sebelum ini bersetuju untuk meneruskan program pembelian bon selama sembilan bulan yang akan berakhir Disember 2017. Program pembelian bon yang berjumlah 80 billion euro ketika ini akan dikurangkan kepada 60 billion bermula April 2017.

Para trader dinasihatkan agar mengikuti sidang media ECB ini nanti untuk mendapatkan panduan kehadapan (forward guidance) oleh Draghi dan memberi perhatian kepada nada komen dari Drgahi sama ada hawkish atau dovish, kerana perkara ini mampu menggerakkan Eur/Usd dalam saiz yang besar bergantung dengan apa yang dikatakan beliau.

Selain itu, pengerusi The Fed Janet Yellen dijadualkan akan berucap dua kali minggu ini dan seperti biasa pasaran juga akan mengekori secara rapat komen dari Yellen berkaitan polisi atau ekonomi semasa di US. Yellen dilihat tidak akan memberi sebarang komen berkaitan perkembangan politik semasa di US, kerana sifat bank pusat itu yang neutral kepada sebarang isu politik.

Selain dari perkara utama yang telah dijelaskan, Eur/Usd masih akan mendapat kesan daripada pengumuman data-data berikut:

  • Harga pengguna US (CPI) & Core CPI, Rabu 9.30 malam
  • Ucapan Pengerusi The Fed (US), Khamis 4 pagi
  • Penetapan kadar ECB (EU), Khamis 8.45 malam
  • Sidang Media ECB (EU), Khamis 9.30 malam
  • Data Permit bangunan, Indeks sektor pembuatan (US), Khamis 9.30 malam
  • Inventori minyak (US), Khamis 12 malam
  • Ucapan Pengerusi The Fed (US), Jumaat 9 pagi

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat