Sentimen Pasaran Kembali Berisiko, AUD/USD Catat Penurunan Harian 160 Pips!

778

Sentimen pasaran kembali berisiko pada dagangan penghujung minggu dan menyebabkan permintaan terhadap matawang safe-haven kembali meningkat semula.

US dolar khususnya telah kembali pamerkan pengukuhan setelah bergerak lemah sejak beberapa minggu lalu.

Ini adalah didorong oleh unjuran Federal Reserve (Fed) terhadap pemulihan ekonomi yang lemah telah menyebabkan kebimbangan sebelum ini bertukar situasi panik.

Jangkitan Coronavirus semakin berterusan dan meningkatkan kebimbangan risiko gelombang virus kedua bakal menyerang. Malah kenyataan Presiden Donald Trump yang seakan ingin memberikan keyakinan dan harapan dilihat gagal menenangkan panik dalam pasaran.

Matawang komoditi yang berisiko tinggi turut mengalami penyusutan seperti dolar Australia dan New Zealand. Termasuk dolar Kanada ekoran penyusutan harga minyak mentah dalam pasaran.

Dolar Australia yang sudah menunjukkan penyusutan sejak awal sesi Asia pada Khamis telah meneruskan penurunan di carta pasangan matawang AUD/USD sehingga sesi New York berakhir.

Penurunan harian yang dicatatkan mencapai sekitar 160 pips dengan harga telah bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada timeframe H1 di carta AUD/USD memberi isyarat perubahan trend bearish.

Harga telah melepasi paras support 0.69000 seterusnya menyambung penurunan sehingga ke zon RBS (resistance become support) 0.68000 pada sesi Asia hari ini.

Sentimen berisiko akan terus menekan harga ke paras lebih rendah dengan jangkaan destinasi yang menjadi tumpuan adalah pada sekitar 0.66800 dan zon RBS 0.66000.

Namun jika harga kembali membuat kenaikan semula, paras sekitar 0.69300 bakal diuji semula sebelum cuba melepasi kenaikan lebih tinggi dari halangan dinamik MA50.

Seterusnya paras tumpuan lebih tinggi adalah pada 0.70000 seterusnya pada ketinggian yang dicapai minggu ini sekitar 0.70600.

Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat