Sentimen Pasaran: Penularan Wabak Koronavirus Semakin Membimbangkan Mengurangkan Harapan Pasaran?

235

Pada hari ini, matawang yen dan swiss franc telah mencatat pengukuhan berbanding US dolar pada hari Selasa kerana para pelabur mengharapkan pelonggaran monetari global yang dipengaruhi kebimbangan terhadap wabak koronavirus.

Saham global dan minyak mencatat peningkatan pada hari Selasa dan pelaburan safe have seperti emas, matawang yen dan swiss franc telah mencatat pengukuhan kepada paras yang tinggi berikutan peningkatan selera risiko dengan jangkaan rangsangan daripada bank pusat.

Menteri-menteri kewangan G7 dan gabenor bank pusat telah mengadakan satu persidangan pada hari Selasa bagi membincangkan bagaimana langkah yang efektif untuk menangani wabak koronavirus dan kejatuhan ekonomi. Dalam masa yang sama para pelabur kini sedang meneliti adakah the Fed dan negara-negara utama lain akan mengikuti jejak langkah pelonggaran monetari.

Walaubagaimana, berdasarkan laporan Reuters, pernyataan darf G7 menyatakan bahawa mereka tidak menawarkan janji perubahan dalam dasar monetari dimana hal tersebut dapat meningkatkan keyakinan pelabur.

US dolar mencatat kejatuhan sebanyak 0.34% kepada bacaan 107.95 yen dan 0.14% kepada bacaan 0.958 franc. Ahli ekonomi MUFG berpendapat bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh G7 tidak seperti yang diharapkan dan berkemungkinan tidak ada rangsangan yang eksplisit.

Dalam satu kenyataan, negara-negara G7 berjanji untuk bekerjasama untuk mengurangkan kerosakan wabak koronavirus terhadap ekonomi, tanpa memberi rincian langkah yang bakal diambi.

Para pelabur kebanyakkan mengharapkan bank-bank pusat dapat melakukan sesuatu untuk membantu mengatasi krisis sebagaimana menurut pandangan Jane Foley dari Rabobank.

Disisi lain, Bank Pusat Eropah berkata ia bersedia unutk mengambil langkah lanjutan untuk membendung kesan wabak tersebut. Matawang Euro jatuh dari paras tertinggi lima minggu pada hari Selasa. Indeks US dolar mencatat penyusutan sebanyak 0.19% kepada 97.135 setakat jam 11 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat