Sentimen Semasa Pasaran Global Setakat Petang Ini, Serangan Manchester

50

Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh di dalam kejadian letupan di sebuah konsert di Manchester pada Isnin ketika menghadiri konsert penyanyi Ariana Grande. Dua orang pegawai AS memaklumkan bahawa penyerang disyaki mati di dalam letupan berkenaan. Polis British juga memaklumkan bahawa sekurang-kurangnya 50 orang cedera di dalam tragedi terbabit.

Pasaran saham Asia didagang perlahan dengan nada berhati-hati berikutan letupan yang berlaku Manchester. Ini menyebabkan indeks saham Australia ASX 200 susut 0.2% dan Nikkei jatuh 0.31%. Pasaran Australia ada sedikit memulih dengan keuntungan yang dicatat oleh sektor berkaitan komoditi.

Hang Seng naik 0.1% di mana Shanghai Komposit susut 0.1%.

Di Eropah, ahli ECB Weidman berkata perlunya normalisasi polisi monetari jika pemulihan ekonomi mengangkat kadar gaji dan tekanan harga Zon Eropah semakin perlahan.

Dalam pasaran tukaran matawang (forex), letupan di UK telah mencetuskan aliran modal ke aset ‘safe haven’ seperti Yen. Usd/Jpy ketika ini masih didagang di sekitar 111.00 dengan Gbp/Usd bergerak ke bawah dari 1.3000.

Dalam pasaran komoditi minyak WTI (West Texas Intermediate) sedikit melemah dan ketika ini didagang di bawah $51 setong. Emas seperti biasa mendapat sokongan selepas serangan di UK kerana statusnya sebagai aset ‘safe haven‘.

Menteri minyak Arab Saudi Al-Falih berkata beliau tidak menjangka sebarang bantahan dalam kalangan ahli OPEC untuk lanjutan pemotongan bekalan minyak sehingga sembilan bulan dan tambahnya perjanjian ini adalah sama seperti sebelum ini dengan sedikit perubahan. Kini Iraq juga bersetuju untuk lanjutan sehingga sembilan bulan.

Perkembangan di Amerika Syarikat menunjukkan ketiga-tiga indeks di Wallstreet mencatat keuntungan tiga hari berturut-turut dengan Dow Jones naik 0.43% pada Isnin.

Fed Brainard (Pengundi, dovish) menyatakan kadar pengangguran 4.4 peratus dianggap rendah bagi sesebuah ekonomi di mana kebanyakan pegawai menyamakan keadaan ini dengan guna tenaga penuh. Walaupun begitu, keadaan ini tidak diterjemahkan kepada kenaikan inflasi, sekali gus menunjukkan bahawa masih terdapat pelbagai ruang untuk penambahbaikan di dalam pasaran pekerjaan.

Fed Kaplan (Pengundi, sedikit-hawkish) mengulangi pendirian tiga kali kenaikan kadar pada 2017 adalah bersesuaian dan pengurangan dalam penyata imbangan harus dimulakan tahun ini.

Presiden Trump memutuskan pemotongan bajet US sebanyak USD3.6 trillion sepanjang 10 tahun dan merancang untuk mengurangkan 50% rizab petroleum US bagi mengurangkan defisit perbelanjaan kerajaan.

Bekas Pengarah FBI James Comey menangguhkan kehadirannya di US House Oversight Committee dan berhasrat untuk berjumpa Special Prosecutor Muller terlebih dahulu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat