Sentimen Semasa Pasaran Kewangan Global Setakat Malam Ini

99

Harga emas kini meneruskan kejatuhan hari ketiga pada Rabu di mana harga kini didagang di sekitar 1261.75 jatuh lebih 300 pip dari paras tertinggi minggu lepas. Lporan terkini tentang pemotongan cukai yang akan diumumkan tengah malam ini juga menunjukkan US akan mengurangkan cukai korporat sebanyak 15% dari 35% ketika ini.

Selepas dagangan yang tidak menentu dan merugikan US dolar selama tiga minggu, kini matawang greenback didagang stabil di atas paras terendah lima bulan lalu. Indeks US dolar kini berada di sekitar 90.06 naik 0.3% dari paras penutup sesi dagangan lepas.

Keyakinan semakin meningkat di mana US akan mengurangkan cukai yang dijangka mengembangkan lagi ekonomi negara ini dan juga memberi impak positif kepada US dolar.

Kini kedua Yen dan Euro sedikit lemah menjelang pengumuman polisi utama pada Khamis. ECB (European Central Bank) dan Bank of Japan (BoJ) dijangka akan mengekalkan polisi semasa minggu ini. Namun, ada penganalisis berpendapat ECB akan melonggarkan sedikit pendiriannya yang terlalu berhati-hati sebelum ini berikutan ekonomi dan inflasi yang semakin mengukuh.

Permintaan untuk instrumen pelaburan yang selamat kini semakin berkurangan berikutan kelegaan undian pertama pilihanraya Perancis. Kini pasaran menjangka Emmanuel Macron akan mengalahkan Le Pen dalam pusingan kedua yang akan berlangsung pada 7 Mei.

Keyakinan yang semakin tinggi dalam kalangan pelabur global ketika ini dibantu oleh pendapatan syarikat yang memberangsangkan di Wallstreet yang membawa pasaran ekuiti Amerika Syarikat ke paras tertinggi.

Dalam pasaran komoditi seperti perak harga hanya sedikit berubah pada Rabu di mana logam kelabu ini terus menguji support penting selepas kejatuhan mendadak minggu lalu.

Pengumuman perubahan percukaian US akan diberi perhatian malam ini oleh pasaran global.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat