Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi Asia : Tumpuan Kepada Jackson Hole

801

US dollar kekal di paras tertinggi dalam sesi dagangan hari Jumaat selepas berakhirnya rundingan pegawai AS-China dalam isu perdagangan dengan tiada sebarang keputusan penting dibuat.

Rundingan antara kuasa besar dunia itu berakhir selepas tariff baru $16 billion dikenakan terhadap China. China tidak hanya berdiam diri dan mengenakan tariff pada jumlah yang sama terhadap produk import dari Amerika Syarikat.

Sebagai salah satu daripada matawang safe-haven, US dollar mendapat manfaat daripada ketegangan perdagangan antara dua negara tersebut yang berlanjutan sejak beberapa bulan lepas.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain setakat ini membuat penurunan sebanyak 0.03% setakat pada pukul 10.01 pagi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini didagang hampir tidak berubah dengan hanya naik 0.03%, di mana GBP/USD merekodkan kemerosotan 0.09%. USD/JPY pula naik 0.05%, USD/CAD dengan kenaikan 0.17%. USD/CHF pula naik 0.12%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing merekodkan penurunan 0.14% dan 0.11% setakat ini.

Selepas kebimbangan terhadap isu perdagangan AS-China, kini tumpuan pasaran akan beralih kepada ucapan Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell di simposium Jackson Hole. Simposium ini diadakan setiap tahun di Wyoming yang mengumpulkan ahli-ahli bank pusat dan menteri kewangan dari seluruh negara untuk membincangkan isu kewangan global.

Tumpuan pasaran kepada beliau adalah tentang pendurian terhadap kritikan Trump tentang kenaikan kadar faedah The Fed. Beberapa ahli The Fed pada Khamis menyatakan pendirian bahawa komen Trump tidak akan menghalang bank pusat dalam penetapan dasar monetari. Oleh itu, kini pasaran akan melihat apa pula pendirian pengerusi mereka (Powell).

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat