Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Pembukaan Sesi Dagangan Eropah

371

US dolar melemah terhadap enam matawang utama pada hari Khamis selepas The Fed tidak memberikan isyarat sebanyak empat kali kenaikan kadar pada tahun 2018 sementara pasaran sedang menantikan pengumuman tariff yang bakal diputuskan Presiden Trump.

The Fed menaikkan kadar faedah pada awal pagi Khamis dan menyatakan ada dua lagi kenaikan pada tahun 2018 dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh pengurusi baru The Fed Jerome Powell.

Pada Masa yang sama ada sesetengah pelabur menjangka akan ada tiga lagi kenaikan pada tahun 2018 di mana panduan yang diberikan oleh Fed dilihat kurang hawkish daripada apa yang dijangka. Pembuat dasar polisi Fed juga megunjurkan kenaikan kadar faedah untuk tahun 2019 dan 2020.

Hal ini membuatkan US dolar dalam tekanan dan melemah berbanding enam matawang utama yang lain penurunan yang terbesar dua bulan ini pada hari Khamis.

Pair USD/JPY menyusut sebanyak 0.33% ke paras harga 105.70 setakat pada pukul 3.46 petang dan menghampiri harga terendah 16 bulan yang lalu.

Pair EUR/USD menaik sebanyak 0.33% ke paras harga 1.2380 dan meneruskan pemulihan dari harga terendah tiga minggu lalu.

Pair GBP/USD membuat kenaikan sebanyak 0.20% ke paras 1.4171 setakat ini.

Data gaji UK yang kuat yang dikeluarkan pada hari Rabu meningkatkan jangkaan bahawa Bank of England (BOE) akan menaikkan kenaikan kadar faedah pada bulan Mei.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat