Sentimen Terkini Pasaran Forex Selepas Mesyuarat F.O.M.C & Pengumuman Tariff

350

US dollar mengukuh pada sesi Asia menjelang pembukaan sesi Eropah pada Khamis selepas The Federal Reserve memberikan penilaian yang positif terhadap ekonomi Amerika Syarikat sekaligus dijangka kekal menaikkan kadar faedah secara beransur-ansur.

Antara sebab utama kepada pengukuhan greenback ketika ini adalah kebimbangan terhadap ketengangan perdagangan AS-China. Selepas daripada penetapan dasar monetari Fed pada awal pagi Khamis, kerajaan AS mengesahkan kadar tariff 25% terhadap $200 billion import dari China sekaligus mencetuskan sentimen berisiko (Risk-Off) dalam pasaran.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan sehingga 0.16% setakat pada pukul 2.44 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini susut 0.21% di mana GBP/USD susut 0.26%. USD/JPY setakat ini pula jatuh 0.08%, USD/CAD naik 0.04% dengan USD/CHF membuat kenaikan 0.14%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing merekodkan kejatuhan sebanyak 0.27% dan 0.25% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Yen (JPY) dan matawang paling lemah adalah GBP. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pasangan matawang GBP/JPY jatuh sehingga 0.33% setakat ini.

Matawang Yen adalah matawang terkuat setakat ini berikutan sentimen Risk-Off yang tercetus disebabkan laporan tariff $200 billion oleh Amerika Syarikat.

Matawang AUD melemah ketika ini walaupun dengan data perdagangan yang lebih baik daripada jangkaan. Aussie melemah disebabkan ketegangan AS-China, di mana China adalah destinasi eksport terbesar dari Australia. Ketegangan itu secara tak-langsung memberi kesan kepada kelemahan matawang AUD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat