Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

483

Dollar USD menunjukkan kenaikan pada nilai matawangnya namun masih terlihat berada dalam tekanan berikutan kemerosotan hasil pulangan bon AS dan menjurus ke arah kebimbangan terhadap kemungkinan kemelesetan ekonomi Amerika Syarikat. Matawang USD sebelum ini yang terus menunjukkan prestasi yang memuaskan kemudiannya terkesan ekoran kebimbangan pada pertumbuhan ekonomi Amerika Syarikat yang mula bergerak perlahan.

Sementara matawang Sterling pula dilihat kembali mencatatkan pengukuhan pada sesi pasaran Eropah dagangan hari ini berikutan pelabur kembali optimis Britain tidak akan meninggalkan Kesatuan Eropah tanpa perjanjian. Kerajaan Perdana Menteri Theresa May didapati mempersendakan Parlimen pada Selasa untuk hari pertama perdebatan sebelum undian sebenar pada 11 Disember nanti dan faktor ini mendorong kejatuhan nilai matawang GBP. Perkembangan pada data domestik pula, sektor perkhidmatan PMI di Britain menunjukkan aktiviti perniagaan pada bulan November bergerak perlahan berdasarkan laporan yang dikeluarkan pada jam 5.30 petang tadi. Aktiviti sektor swasta yang perlahan adalah disebabkan kelemahan pada aktiviti perniagaan dan perbelanjaan pengguna yang perlahan.

Tumpuan pasaran pada malam ini akan terarah kepada pengumuman kadar faedah oleh bank pusat Kanada, Bank of Canada (BOC) pada jam 11 malam nanti dan dijangka BOC akan mengekalkan kadar faedah pada paras 1.75% untuk mesyuarat kali ini. Sebelum ini, BOC telah menaikkan kadar faedah pada Oktober lalu dan merupakan kenaikan kali ketiga pada tahun ini. Dengan itu, pasaran menjangkakan matawang Loonie akan terus didagangkan lemah buat masa ini di samping terkesan daripada pasaran minyak mentah global yang tidak menentu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat