Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

592

Kebanyakkan matawang utama menyusut pada awal hari Jumaat berikutan pelabur berhati-hati dengan menjelangnya perlaksanaan tarif yang dapat mengancam barangan China. Selain itu pelabur juga memberi tumpuan pada laporan pekerjaan US yang akan dikeluarkan nanti.

Amerika Syarikat akan mula mengutip tarif terhadap $ 34 bilion barangan China pada 0401 GMT atau jam 12.01 waktu Malaysia pada hari Jumaat. Tumpuan telah beralih kepada bagaimana China akan bertindak balas dan kemeruapan/volatility yang berpotensi boleh menyebabkan pasaran kewangan global.

Menurut penganalisis kebanyakkan pasaran dapat menjangka beberapa kesan terhadap harga dalam perlaksanaan tarif namun selalu ada risiko seperti kenyataan Presiden Trump yang secara tiba-tiba dan pengenaan tarif seterusnya.

Presiden U.S. Donald Trump memberi amaran bahawa pusingan tarif berikutnya mungkin akan dikenakan terhadap lebih daripada $ 500 bilion barangan China iaitu hampir pada kadar jumlah yang diimport Amerika Syarikat dari China pada tahun lalu.

Indeks US dolar yang mengukur US dolar berbanding matawang utama menyusut kepada 94.15 setakat jam 9.10 pagi.

Penyusutan US dolar didorong oleh tekanan pengukuhan matawang Euro. Matawang Euro telah mengukuh pada hari Khamis apabila tempahan barangan industri Jerman kukuh dan pedekatan Washington yang lebih lembut terhadap sektor pembuatan kereta EU.

Mata wang euro stabil pada $ 1.1694 (EUR =) selepas naik 0.3 peratus semalaman, apabila menyentuh paras harga $ 1.1721, paling kuat sejak 26 Jun.

Matawang USD/JPY pulah jatuh 0.1 peratus berbanding yen kepada 110.57.

Pelabur akan mengalihkan tumpuan mereka pada NFP dan jika data tersebut kukuh, terdapat potensi USD/JPY akan meningkat. – kata penganalisis.

Jabatan Buruh US menjangkakan laporang NFP akan mencatat peningkatan sebanyak 195,000 pada bulan Jun selepas melonjak 223,000 pada bulan Mei.

Matawang pound secara rata rata berada pada $ 1.3225. Ia telah mengukuh kepada $ 1.3275 pada hari Khamis selepas Gabenor Bank of England, Mark Carney berkata beliau yakin kelembapan ekonomi adalah sementara, tetapi peningkatan itu terhalang menjelang mesyuarat kerajaan pada hari Jumaat mengenai dasar Brexit.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat