Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Eropah

869

Matawang US dolar meneruskan pengukuhan berbanding matawang utama dalam pembukaan sesi Eropah walaupun dalam ditengah-tengah pertikaian perdagangan antara US dan China.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama, mengukuh sebanyak 0.17% to 94.81 setakat jam 3.20 p.m.

Pasaran mengkhuatirkan ketegangan perdagangan yang berlaku pada hari Selasa selepas Beijing memberi amaran sebagai respon balas terhadap ancaman Presiden US Donald Trump yang mengancam pengenaan tarif 10% ke atas $ 200 bilion import China.

Perkembangan ini memburukkan lagi kebimbangan dalam kalangan pelabur bahawa dua ekonomi terbesar di dunia dapat memicu perang perdagangan global.

Ketidakpastian mengenai masa depan Perjanjian NAFTA dan kebimbangan terhadap tarif yang pentadbiran Trump kenakan ke atas rakan perdagangan Eropah juga menambah lagi kebimbangan pelabur.

USD/JPY telah kembali mengukuh iaitu sebanyak 0.09% kepada 110.13.

Matawang yen seringkali dijadikan sebagai safe haven semasa berlakunya ketegangan politik dan pasaran.

Matawang EUR/USD menyusut sebanyak 0.15% 1.1573 selepas Presiden Bank Pusat Eropah Mario Draghi menegaskan bahawa dasar monetari akan kekal berterusan dan nada dovish terhadap kadar faedah bank minggu lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat