Sentimen Terkini Sesi New York : CHF Matawang Terkuat, AUD Paling Lemah

554

US dollar kekal lemah pada awal dagangan sesi New York pada Khamis dan meneruskan kejatuhan sejak petang tadi dengan matawang Euro ketika ini menguat secara keseluruhan. Matawang Euro dilihat meneruskan kenaikan pada pertengahan sesi London hari Khamis selepas tercetusnya ketidaktentuan dalam rundingan Brexit.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.27% setakat pada pukul 10.38 malam.

Major pair EUR/USD membuat kenaikan sebanyak 0.36% dengan GBP/USD susut 0.16%. USD/JPY  setakat ini membuat penurunan 0.25%, USD/CAD pula naik 0.29%. USD/CHF melemah sebanyak 0.52%. Pair AUD/USD susut 0.44% dengan NZD/USD naik 0.13%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Euro dan CHF, manakala matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair EUR/AUD naik 0.75% dan pair CHF/AUD naik sebanyak 0.91% setakat pada pukul 10.41 malam.

Ketika ini sentimen Risk-On dilihat semakin pudar dengan indeks-indeks saham Wallstreet dan Eropah dilihat tertekan setakat pada pukul 10.48 malam. Hal ini jelas dilihat dengan pengukuhan sesetengah pair JPY dan pengukuhan keseluruhan pair CHF.

Antara matawang yang membuat pergerakan besar pada hari ini adalah matawang GBP. GBP menjadi matawang ketiga paling lemah selepas menjunam pada pukul 7.30 petang tadi. Hal ini berkait dengan perkembangan terbaru Brexit di mana rundingan antara Perdana Menteri UK Theresa May dan Menteri Brexit David Davis tentang tarikh akhir keahlian Britain di dalam European Custom Union.

Laporan petang tadi menyebut Theresa May bersetuju dengan Davis untuk meletakkan tarik akhir spesifik kepada keahlian Britain di dalam European Custom. Sebelum ini Davis dikatakan mahu meletakkan jawatan kerana May enggan meletakkan tarikh spesifik tersebut dan alasan yang diberikan oleh Davis, ia akan menyukarkan kerjanya dalam rundingan Brexit kerana tiada tarikh yang ditetapkan dalam perancangan backstop itu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat