Sesi Eropah Bermula, Pound Tiba-tiba Melonjak

351

Memasuki sesi Eropah, matawang pound sterling kembali memaparkan peningkatan setelah menjunam ke paras terendah dua bulan pada sesi sebelum ini.

Pound sterling telah mencatat kerugian lebih rendah pada minggu lalu, disebabkan kebimbangan terhadap kelewatan dalam usaha vaksinasi kerajaan UK untuk membuka semula ekonomi, di tengah-tengah ketegangan terbaru mengenai Ireland Utara sehingga menyebabkan berlaku rusuhan.

Namun, dengan perkembangan terbaru yang positif antara UK dan Kesatuan Eropah (EU) untuk mencapai kesepakatan dalam isu Ireland Utara, sedikit sebanyak membantu menyokong kenaikan matawang pound.

Kemajuan yang dicapai dalam perbincangan antara kedua-dua belah pihak telah meningkatkan harapan pelabur bahawa ketegangan di Ireland Utara akan mereda.

Selain itu, peningkatan ini turut mendapat dorongan daripada penyusutan US dolar, dengan indeks dolar didagangkan di sekitar 92.12 berbanding kebanyakan matawang utama menyusuli pergerakan terhad dalam hasil perbendaharaan AS 10 tahun.

Penerbitan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK pada petang Selasa akan menjadi perhatian para pelabur yang mana ia dijangka akan mencatatkan peningkatan pada bulan Februari.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat