Setelah Berhari-hari Bergerak Lemah, USD Bangkit Semula?

241

US dolar sedikit meningkat ketika pelabur menantikan keterangan daripada Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell di hadapan Kongres pada sesi New York.

Sebarang kenyataan Powell mengenai hala tuju pengetatan monetari akan datang dan kesannya pada ekonomi, akan diteliti oleh pemain pasaran.

Ketika penulisan, indeks dolar yang mengukur kekuatan dolar greenback diniagakan sedikit meningkat pada 104.60 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Sebelum itu, pelabur akan diperlihatkan terlebih dahulu dengan data inflasi UK yang akan dikeluarkan pada sesi Eropah, di mana ia dijangka terus menunjukkan peningkatan pada bulan Mei.

Dagangan mata wang pound yang mendatar menunjukkan kewaspadaan pelabur menjelang pengeluaran data tersebut. Ketua Ekonomi Bank Pusat England (BOE), Huw Pill memberi isyarat bahawa mereka bersedia untuk bertindak jika melihat bukti tekanan harga yang berterusan.

Sementara itu, mata wang euro kembali memadamkan keuntungan yang dicatatkan sebelum ini dengan menyusut ke sekitar harga 1.0500.

Terdahulu, mata wang itu telah mendapat sokongan daripada kenyataan beberapa penggubal dasar Bank Pusat Eropah (ECB) yang menyatakan kemungkinan mengenai potensi kadar akan dinaikkan lebih tinggi pada mesyuarat September, iaitu sebanyak 50 mata asas berbanding 25 mata asas yang dijangkakan.

Dalam pada itu, yen terus mencatat rekod baharu selepas jatuh ke paras terendah terbaharu 24 tahun pada 136.70 berbanding USD pada sesi sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat