Saham AS Kembali Bangkit Selepas Sesi Penjualan & Cuti Umum AS

98

Indeks-indeks utama Wall Street melonjak 2% untuk mendorong pasaran ekuiti bergerak tinggi sementara Yen Jepun jatuh berbanding dolar ke paras terendah sejak Oktober 1998.

Ekuiti Wall Street menamatkan badi sesi penjualan beberapa minggu lalu sebaik kembali dari cuti apabila pelabur dilihat membeli saham megacap pertumbuhan dan tenaga.

Ulas pengurus portfolio Kingsview Investment Management, Paul Nolte, saham bakal melakukan lantunan daripada 5 sesi penurunan sungguhpun kadar faedah dan lonjakan minyak terus menjadi perhatian.

Rentetan itu, indeks purata Dow Jones Industrial naik 641.47 mata (2.15%) pada 30,530.25, S&P 500 capai 89.95 mata (2.45%) pada 3,764.79 dan Nasdaq Composite tambah 270.95 mata (2.51%) pada 11,069.30.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah canak 0.35% dan tolok saham MSCI seluruh dunia mekar 1.91%.

Dalam pada itu, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) turut mencanak dengan sentimen risk-off beri tekanan kepada pasaran selepas berehat apabila hasil penanda aras 10 tahun naik 3.303% berbanding penutupan 3.239% pada minggu lalu.

Bercakap mengenai sentimen, Pengerusi Federal Reserve (Fed) bakal memberi testimoni dihadapan Jawatankuasa Perbankan Senat pada Rabu untuk petunjuk kenaikan kadar.

Penganalisis Goldman Sachs berpendapat akan ada 30% peluang ekonomi AS mengalami kemelesetan tahun depan berbanding ramalan 15% sebelum ini.

Pergerakan mata wang pula menyaksikan Yen Jepun jatuh ke paras terendah 24 tahun terbaru apabila Perdana Menteri Fumio Kishida mengesahkan dasar monetari ultra-longgarnya.

Ia secara tidak langsung menyaksikan indeks dolar berada pada 104.41 selepas disokong secara keseluruhan oleh jangkaan kenaikan kadar Fed.

Bagi komoditi pula, niaga hadapan minyak mentah Brent naik 52 sen (0.5%) pada $114.65 setong dan minyak mentah WTI naik $1.09 (1%) pada $110.65.

Emas melihat penyusutan 0.3% pada $1,832.77 per auns dan Bitcoin (BTC) naik 1.56% pada $20,876.57.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat